Get Adobe Flash player

Malaysia

Suatu Perjalanan Gelap Malam Menuju Matahari

Surat dari Tuhan #1

Suatu Perjalanan Gelap Malam Menuju Matahari

Letters from God #1

A Dark Nights Journey into the Sun

Tuhan (Di terima oleh Celest dan David) – Kini Aku telah kembali untuk bertutur dengan kamu sekelian yang ingin mendengar kata-kata Ku. Aku adalah perkataan dan Perkataan adalah Peraturan-Ku. Aku telah memilih untuk memaklumkan kepada kamu, Anak-anak sejati-Ku, Cucu-cucu Anak lelaki-Ku, Anak-anak Matahari-Ku disidang yang mulia ini. Hari ini adalah hari pertama permulaan kelahiran sekali lagi bagi kamu mengenai tentang siapa kamu. Aku telah memaklumkan kepada Celestial bahawasanya beliau dan David dipilih bergiat jawatan sebagai penulis-penulis-Ku untuk penyampaian ini. Anak perempuan Ku, Celestial bertanya tentang kegunaan bahasa apa dan cara manakah Aku rasa berpatutan bagi tujuan ini. Beliau merasa risau dan merenungi adakah Godumentary ini akan terkandung beribu bahasa purba. Aku terasa geli-hati apabila beliau bergelisahan mencuba mengingati zaman purba dimana seketika itu kami merantau bersama-sama di Bumi ini dan berbahasa sedemikian semata-mata oleh kerana itu adalah bentuk bahasa seketika itu.

Semenjak manusia bertamadun telah mengajari diri mereka ke tahap tamadun yang lebih maju sudah tentu pula Aku "bertutur" ditahap sesama masa kamu sekelian. Aku telah sampai diwaktu ini membawa pengiktirafan ke atas kejayaan kerjaya kamu. Aku sentiasa sedar akan porak-poranda yang kamu hadapi, Aku senentiasa sedar akan pergelutan hangat di dalam diri-diri kamu ketika "hak" bertempur dengan "kuasa". Aku melihat kesakitan dan kesengsaraan yang di alami oleh ramai di antara kamu seketika kamu berazam untuk menjadi sebaik-baik manusia yang kamu idamkan untuk diri-diri kamu; Aku melihat kebingungan dalam hati dan minda-minda kamu sedangkan kamu tidak menyedari bahawa kamu tidak perlu berfikir tentang apa yang kamu perlu capaikan bagi diri-diri kamu. Walhal, sebaliknya yang kamu benar-benar perlu lebih memahami ialah, kamu sekelian sememang berada sedemikian

Aku lihat di mata-mata dan minda sekelian yang kamu seolah-olah tidak percaya apabila adat, bangsa dan agama-agama bertekak-tekak tentang siapa yang "terpilih". Aku lihat kamu kesesakkan fikiran mengenai ketiadanya keadilan di dunia ini; mengenai mereka yang sombong dan bongkak yang terjurumus ke paras yang paling rendah di antara lembaga-lembaga di atas Planet-Ku. Aku lihat secebis harapan bersinaran dalam magnetic field kamu yang cantik lebih indah apabila pengedahan-pengedahan yang kecil dipancarkan kepada kamu seketika kamu sangat memerlukan nya. Aku menggalakkan Malaikat-Malaikat Ku dan Anak-anak Pemelihara Planet Ku supaya membantu kamu sekelian dengan segala cara dan berturusan. Aku lihat air mata jatuh mengalir di muka-muka mereka kepunyaan-Ku yang tidak bersalah, mereka-mereka kepunyaan-Ku yang baik hati dan berani, pengajar-pengajar, penyembuh-penyembuh, dan mereka-mereka yang telah merantau dalam bentuk manusia. Bentuk yang berbentuk "Aku."

Aku mendengar ramai di antara kamu renong-merenong dan berkeliaran fikiran tentang keadaan yang dasyat yang kamu hadapi hari-harian; terlalu banyak tidak rela untuk menerima kewujudan yang tidak terdapat dalam buku-buku sekolah kamu yang kasar lagi melukakan. Datangnya sesuatu Kebenaran yang Lebih Tinggi dan kamu pula mempersoalkannya dengan "mengapa?" "Mengapa aku di sini?" Aku tidak ingat yang aku bersetuju untuk menjalani deritaan-deritaan, sanggup terima kegelisahan-kegelisahan, perkara-perkara pencerobhan di waktu siang dan juga malam. Apa yang benar amatlah terang di sini. Tengok ini, bukannya di sisi kebenaran persoalannya sama ada kamu percayakan Kebesaran Kuasa Penciptaan-Ku, cukup berada, atau tidak cukup baik kepada orang lain. Aku dengan sengajanya dan dengan Kesucian Pemandangan-Jauh-Ku memasangkan tirai-tirai ilusi ke atas minda-minda kamu sekelian, tetapi BUKAN ke atas hati-hati atau Roh-Roh kamu. Setiap diri sudah pun penuh memahami perkara ini sebelum setiap diri turun ke lumur. Setiap kamu dengan gembira dan kerelaan menerimanya dengan kefahaman ke atas keuntungan besar yang akan diperolehi keseluruhannya, yang kamu akan menfaati secara kamu menanam benih kesuburan yang baharu ke dalam bangsa manusia sejagat.

Semasa Aku kumpulkan kamu sekelian ke dada-Ku beribu-ribu tahun yang lampau, Aku menggalakkan kamu untuk hanya mengingati apa yang berfaedah kepada kamu yakni Aku yang berbentuk sebagai manusia. Aku berkongsi dengan kamu dengan ketidak habisan Perihatinan-Ku dan dengan ketidak habisan Kasih-Ku bagi kekuatan kamu dan kerelaan kamu untuk memasuki ke dalam dimensi yang serupa gila, yang kucar-kacir, yang ganas dan tidak berperikasihan kepada orang lain. Sesungguhnya Aku memperingatkan setiap kamu berulang-ulang kali bahawa kelupaan yang amat besar tentang Persetujuan Suci kamu akan mendatangkan masaalah berat kepada kamu ketika kamu menjelajah kehadapan sebagai seorang manusia…walau pun dengan demikian. Ianya tidak masuk akal kamu seketika itu; mungkin sewaktu itu, ianya tidak bermakna langsung. Setiap kamu semua amat riuh bersuara dalam keazaman untuk terus mencapai kemenangan dengan penuh kefahaman atas misi masing-masing dan kaitan-kaitan kamu dengan Kumpulan Roh kamu. Tiada sesiapa pun di antara kamu yang berkata kepada Ku "Ala, Aku tidak mahu pergi lah" Kemungkinan sekarang kamu terfikir-fikir tentang kebijaksanaan mu itu. Ingatlah sebagaimana dikatakan oleh Celestial baru-baru ini, "Kebijaksanaan itu pengetahuan yang berada di coli pelatih"

Di suatu ketika di masa yang lampau telah berhimpun mereka-mereka yang paling berani, Roh-Roh yang bertungkus-lumus yang tekun kepada permintaan Aku untuk membina suatu dunia yang lebih indah di sini, Aku telah berjanji kepada setiap diri, dan Aku berkata, "Kehidupan menghidup dengan sempurna adalah ganjarannya tersendiri, maka apabila setiap diri menjelajah bumi sewaktu ia nya dalam keadaan kepekatan yang sangat-sangat teruk, kamu akan berjumpa dengan sebakul emas di hujung diri pelangi-mu" Itulah kamu yang seawal-awalnya, kamu yang terakhir-akhirnya, terus sedemikian selama-lama nya. Itu lah kamu, Tuhan-dalam-pergerakkan" Aku telah memberi kamu amaran awal-awal bahawasanya kamu tidak akan diterima sebagai diri yang sedemikian murni, bahkan kebanyakkan mereka akan cuba memperdayakan kamu bahawa kamu sebaik-tingginya pun, hanyalah Penyampai-Penyampai-Ku. Atau, disebaliknya sehina-hina, setan yang menyerupai. TIDAK. KAMU BUKAN PENYAMPAI-PENYAMPAI-KU dalam erti kata nya! DAN TIDAK JUGA TERLEKAT KEPADA KAMU PETANDA BINATANG SETAN! Kamu adalah Aku dalam jasat. Aku meluah Diri melalui kamu. Aku mengalami kehidupan manusia melalui kamu. Sekarang suatu pusingan pengalaman yang bertumpukan ilusi "kelupaan" sedang ditarik balik sebagaimana Aku telah berjanji yang patut pun ditunaikan. Perjanjian telah dimertai, perjanjian telah ditunaikan.

Aku telah pun dengan penuh kesabaran dan teliti menjelaskan kepada sekelian kamu betapa mudahnya bagi kamu menyimpang dari perjalanan pilihan-pilihan kamu. Sekiranya kamu dapat menggunakan setiap ingatan yang telah dibukakan, sekiranya Aku memperizinkannya, dan membenarkan kamu untuk cuba menyelamatkan orang-orang daripada perlakunan mereka, kamu akan menukar jua kadar perjalanan-perjalanan kamu sendiri. Ini tidak Aku izinkan berlaku. Atau sesungguhnya tidak akan Ku izinkan kamu mengacau takdir orang lain, pilihan-pilahan orang lain dan memilih cara hidup yang tidak sempurna oleh mereka sendiri. Itu semua bukan tanggung-jawab kamu, itu semua bukan hal kamu. Buku-buku sejarah Planet ini menyebutkan masa-masa purba yang digelar sebagai "zaman kegelapan." Anehnya dan dengan sedihnya Aku tidak terima cerita dongeng ini. Kamu semua yang sebenarnya, telah berada dalam kehidupan gelap dari mula ciptaannya Planet ini. Alangkah bagusnya sekira mereka-mereka yang "terpelajar" di Planet ini dapat melihat apa yang Aku dengar. Kebaikan kamu, kesungguhan kamu untuk menolong orang lain di sini, yang biasanya tak berpatutan dengan pertolongan kamu, tidak akan terbuang sebegitu sahaja. Tidak ada sesuatu pun yang kamu lakukan lepas terbuang. Aku izinkan kamu "kebebasan meluah," apa ramai menggelarkannya "pemilihan bebas," supaya bukan hanya kamu dapat mencipta-cipta yang aneh-aneh, bahkan Aku jua dapat mengalaminya melalui kamu sekelian.

Aku bukannya zat yang terbeku, dan kamu jua bukan. Aku telah mengaturkan dengan bantuan Anak-anak Pemelihara Planet-Ku, bahawa apabila kamu maju kehadapan dan meningkat baya, setiap rangkai DNA kamu akan berubah. Sel-sel ingatan kamu akan dibangunkan satu persatu serentak berlakunya acara besar-besaran ini, agar tidak memberatkan minda-minda manusia. Ini adalah suatu perkara yang bersambungan yang "positif-positif" yang patut kamu semua hormati. Kedengaran oleh Aku, doa-doa kamu dan meminta-minta petunjuk, tetapi Aku hairan kenapa kamu meminta-minta benda yang kamu sudah pun ada. Bukan-kah doa itu suatu permintaan. Aku memang mengetahui apa yang kamu mahu, kehendakki dan apa jua keperluan kamu yang patut kamu menerima, kerana Aku ialah kamu dan kamu ialah Aku. Apabila setiap langkah perjalanan kamu bergabung dengan perkara yang sama-ada negatif atau pengalaman yang tidak disukai, maka isu-isu itu akan berfungsi sebagai ramalan yang diperlukan sebagai katalisator. Di masa itulah, di persidangan episod-episod yang waktunya telah dijadual rapi, kamu akan MESTI lalui "masa-masa peralihan"

Program proses "peralihan" telah disematkan ke dalam setiap Zat (Roh) yang telah terima dan juga bersetuju untuk mengahadapi segala cabaran semasa menjelajahi dimensi ketiga. Kesanan kadak dan kadar pergerakkan bagi menempuh pelbagai perinkat, pelbagai jadual penumbuhan dan pembangunan adalah sesuatu keupayaan yang perlukan kegigihan yang amat tinggi sekali untuk kesempurnaan satu-satu putaran. Segala-galanya mesti menamatkan satu putaran supaya hujung bertemu dengan pangkal.

Peralihan, pada dasarnya adalah, sesuatu pertukaran jirim dari satu perspektif ke satu perspektif yang berbeza. Tiap-tiap satu fasa merupakan sesuatu pencapaian; sesuatu kesedaran tentang kebenaran-kebenaran yang telah dengan sengajanya ditiraikan dari pandangan agar memberi peluang kepada setiap Roh membesar mengikut rentak setiap individu. Sesungguhnya, kita semua satu dan sama, tetapi yang anehnya berbeza jua, dan setiap Roh itu istimewa. Hanya pengalaman-pengalaman kehidupan dan pelajaran-pelajaran yang dipilih untuk perjalanan setiap individu itu yang merupakan faktor pembezaan. Semua dan segala pengetahuan dikumpulkan; setiap individu mesti mengalami dan pelajari yang sedia ada pada mereka dengan keseluruhannya. Menyedari kepuasan sesuatu pengalaman akan membolehkan mereka-mereka itu terus mara ke depan. Sejauh setiap sesuatu fasa peralihan, merupakan suatu lingkongan pembelajaran yang dapat membezakan setiap individu itu dari yang lain dalam kumpulan Roh nya. Pengetahuan yang terkumpul dalam keadaan tidak sedar diri itulah yang akan secara meyeluruh meningkatkan tahap sesuatu kumpulan kepada tahap yang lebih tinggi sehingga disuatu ketika semua pengalaman yang dicitai atau yang telah dimanifastasikan sudah pun tercapai. Di peringkat inilah kesinambungan dengan Punca berlaku menyudahkan kesempurnaan satu pusingan yang lengkap. Begitulah, apabila kamu memulakan sesuatu putaran, kamu mesti lengkapkannya dan kamu hanya boleh memulakan yang baru sesudah itu. Itulah kehidupan, berdasarkan perubahan

Peralihan boleh dipandang sebagai suatu acara gilang-gemilang, suatu kesedaran, suatu tindakan yang mengesahkan sesuatu. Inilah kalanya minda merangkul kefahaman yang mana telah pun diketahui oleh Roh dan Hati. Ada kala yang lampau dimana minda berperanan sebagai penerima maklumat, suatu kendi yang perlu diperancangkan bagi tujuan gabungan keselamatan, cantuman yang penuh berharmoni dengan Roh Malangnya, lama-kelamaan ianya berperanan mengambil alih kuasa keatas manusia. Telah tiba masanya sekarang untuk menukar keadaan ini kembali kepada harmoni, keamanan dan seimbangan yang pernah wujud dulu kala. Lebih senang bagi seseorang individu itu untuk beralih sewaktu ia berada dalam masa peralihan, sekiranya ia mengingati proses mengikut haluan sahaja, kerana inilah cara yang secepat-cepatnya. Menyandiwarakan acara ini dengan berlebihan akan hanya mengherotkan kecantikan dan keindahan pengalaman untuk meluas dan membesar. Tidak Aku mengimbaskan bahawa semuanya ini perkara senang. Kadang kala ianya mungkin pedih juga, seperti sakit kepala seolah-olah ianya hendak meletup, itu pun tidak sebanding. Jangan sekali-kali takut, kerana ini semuanya hanyalah zat sedang berkumpul meluaskan chakra-chakra dan ini adalah perkara amat biasa. Bagi mencepatkan hala peralihan, kamu hanya perlu mengiktirafkan adanya ia dengan kejujuran berterima-kasih kerana dapat mengalaminya dan kemudian melepaskannya. Tidaklah perlu untuk mengalami berulang-kali sesuatu yang telah pun berakhir di kemuncaknya. Adalah perlu, wahai Anak-anak-Ku, bahawasanya kamu fahamkan betapa besarnya proses peralihan ini, dan panjang-lebar pegalamannya. MENGETAHUI bila masanya untuk menerima sesuatu benda itu sepentingan dengan MENGETAHUI bila hendak melepaskannya.

Akan ada banyak lagi masa-masa peralihan disepanjangan jalan, ianya sebahagian perjalanan seseorang manusia yang sejati. Semuanya ini adalah bermaksud sebagai "petunjuk-petunjuk Kebatinan" untuk mencabar dan menguji kekuatan kamu sekelian, keinginan dan kesanggupan untuk mengalami segala-galanya yang sedia ada, yang terbentang dan dihidangkan didalam kehidupan. Wahai Anak-anak-Ku, tanpa fasa-fasa kehidupan yang sedemikian, kamu tidak akan dapat meraskan kehidupan yang sebaik-baiknya, kamu tidak akan meningkat, kamu tidak akan wujud.

Berkemungkinan besar, sekiranya Aku memberi kepada kamu maklumat-maklumat penting yang merangkumi lebih luas tentang masa-masa kekacauan, ianya dapat mereda dan mengukuhkan kamu bahawa "hal pertukaran-ganti ini adalah dan sebahagian daripada perjanjian kamu" Tanpa pertukaran-pertukaran ini, wahai jantung-hati-Ku, tiada apalah yang dapat kamu pelajari?

1 – Keadaan pemikiran yang sedia ada, pergelutan emosi-emosi, tidak akan berterusan, sekadar sekejap sahaja. Kamu akan melalui perkara ini dengan sekelip mata sahaja

2 – Pengiktirafan kamu keatas perkara-perkara yang berlaku ini adalah semata-mata sebagai satu hadiah, dan kefahaman kamu betapa istimewanya ia, akan menyenangkan perlepasannya

3 – Melepaskan "fasa perjalanan" ini sesungguhnya akan Mencipta lebih lagi ruang untuk mengadakan peralihan-peralihan yang baru

4 – Disini ada berberapa senaman yang Aku sangat galakkan semua Anak-anak-Ku mempelajarinya. Tengok ni, sesungguhnya Aku mampu bergurau-senda, jauh bandingan daripada apa yang disebut-sebut oleh agama-agama tentang Aku. Pertama, Aku bertutur kepada sekelian kamu tentang pahit-manis yang terasa di waktu-waktu proses peralihan, kemudian itu Aku hidangkan pula penyembuhannya.

5 – Peganglah kepada dinding dalam rumah kamu untuk melepaskan zat yang berlebihan dari tubuh badan. Badan sangat peka bahawa ianya sedang menjalani perubahan, maka izinkan ia megeluarkan zat-zat yang berlebihan. Apakah yang dimaksudkan dengan "memegang dinding?". Perkara biasa, Aku hanya menggalakan agar kamu letakan kedua tangan kamu ke bingkai pintu, atau pun kepada dinding, kemudian kangkangkan kedua kaki kamu dan sebutkan, "Aku lepaskan semua zat berlebihan dari minda, badan dan jiwa." Kamu akan kerap mengalami seketika kamu melalui perubahan dan pembaharuan badan yang sedia ada, berubah kepada badan yang bercahaya, dimana berlebihan himpunan zat-zat terhimpun. Inilah caranya yang akan membantu perlepasan kesemua lebihan. Aku hanya beri kepada kamu yang senang dibuat , Aku tidak memberi sesuatu yang akan meyusahkan

6 – Pengambilan "Garam Laut" amat berfaedah dan penting. Keaslian garam laut mengandungi kememfaatan yang badan kamu idam-idamkan. Meletakan secebis garam dibawah lidah kamu akan mengimbangkan sistem kamu. Secebis garam laut diletakan dibawah lidah dua-tiga kali sehari akan mengatur struktor kimia yang terkandung di persekitaran otak-otak. Semasa mengalami kesakitan waktu-waktu peralihan, impuls elektrik di persekitaran seluruh badan sangat-sangat diperlukan bergerak dengan pantas agar cahaya boleh memasuki sel-sel struktor badan.

7- Minumlah air sebanyak-banyaknya. Air adalah katalisator yang menggerakan zat-zat dalam badan bergerak. Air juga adalah penyalur untuk impuls elektrik

8 – Kesemua zat berlebihan, tidak kira dari mana punca datangnya, perlukan pintu keluar dan tempat peredaran. Tidak kisah zat itu berkembangan, atau zat itu perlu pasak ke bumi. Sekiranya kesenangan bagi kamu untuk melepaskan zat berlebihan itu semasa di luar rumah, silalah lepaskannya ke tanah. Letakan kedua tangan kamu ke tanah dan sebutkan niat melepaskannya

Kesemua langkah dan tindakan ini telah dibentuk menghalu kemakrifatan peribadi yang kamu ingin-ingini. Perubahan kamu diperingkat peribadi berkesanan keatas Planet-Ku, maka perubahan akan berlaku jua di planet-planet lain. Kemakrifatan tercapai melalui kefahaman, melalui pengiktirafan dan memberi peluang kepada diri-mu untuk mengingati bahawasanya kamu Tuhan.

Aku tidak di empunyai sesiapa, malah Aku kepunyaan semua. Kamu tidak diperhambakan kepada sesiapa.

Aku mengikrarkan satu penangguhan ke atas segala isu-isu berdasarkan ego. Apa yang telah berlansung tetap akan berlansung, walau demikian, sesiapa yang berpaut dengan perbuatan kejahatan tidak akan berpeluang untuk penerimaan hadiah yang berbentukan masa-masa peralihan. Tahun 2005 ini adalah permulaan bagi tahun perubahan besar-besaran. Inilah tahun-tahun pembuka jalan bagi keruntuhan kepada institusi-institusi pengajian tinggi. Ramai di antara mereka yang menganggap diri mereka bertahap manusia yang tertinggi akan dipanggil untuk berdepan degan apa yang mereka sangat takuti…Kehinaan dan pendedahan. Banyak ramalan-ramalan telah di isytiharkan dengan mengguna nama-Ku, dan bukanlah dengan sedemikian mebuatkannya kebenaran, atau bermakna ianya benar-benar kata-kata Ku. Aku berada disini sekarang untuk mengisytiharkan sesuatu pendedahan untuk membetulkan dasar tatacara yang bukan milik Aku, padahal dimiliki oleh mereka yang hendak memusnah bangsa manusia. Minda manusia telah dipenuhi dan dilemahkan dengan penipuan dan kebatilan.

Ini kalanya Aku mengeluarkan sesuatu cabaran. Alam Tuhan adalah untuk mereka-mereka yang taat dan sanjung kepada Paraturan-Ku, bukan peraturan manusia yang ditulis oleh manusia. Siapakah diantara kamu Anak-anak-Ku ingat peperangan sengit diantara Naga dan Ular? Siapakah diantara kamu Anak-anak-Ku berani bertindak untuk memotong kepala Ular-Ular yang melanda Planet-Ku, kaum-Ku? Siapakah diantara Anak-anak-Cahaya-Ku ingat Matahari-Ku? Siapakah diantara kamu Anak-anak-Ku ingat kepada salah seorang Anak Lelaki-Ku, lelaki yang digelar Jesus? Aku tanya dikau sekelian Buah-Hati Ku, sanggupkah kamu hidup kerana kepercayaan kamu? Adakah kamu sanggup berhidupan dengan kepercayaan? Tidak sekali-kali akan ada berlakunya satu serangan keatas manusia oleh DiriKu atau dari penjaga-penjaga Nirvana yang menjaganya dengan rapi. Kamu semua ANAK-ANAK-KU. Aku yang membawa kehidupan yang berterusan untuk kamu, tetapi ramai pula yang bukan hanya memilih untuk mempesoalkan KEBIJAKSANAAN KU, malah juga meragui Kata-Kata Ku

Aku tidak akan sekali-kali memusnahkan mereka yang "tidak berketuhanan," merekalah yang akan memusnahkan diri mereka sendiri. Aku tidak akan menghukum mereka yang bertungkus-lumus untuk mengkeji Aku. Aku hulurkan pengasihan keatas kesilapan mereka yang menyedihkan itu, dan Aku hulurkan Kasih-Ku yang bersepanjangan. Tiada siapa pun berhak untuk menghukum sesiapa. Setiap individu Roh mesti sama ada menghormati dirinya dimana dengan demikian menghormati Aku, atau menghina dirinya sendiri yang bermakna seterusnya melempar semua hak-hak mereka untuk mendaki bersama Ku, sehinggalah Roh-Roh mereka itu berpulang balik kepada Kaum Naga, atas kehendak mereka sendiri berdasarkan "kebebasan meluah." Setiap Roh mesti melalui pintu-pintu gerbang perjalanan gelap sehingga waktu yang telah ditetapkan bagi Roh itu timbul kedalam Cahaya-Ku tanpa apa-apa penyesalan, apa-apa kesedihan, tampa paksaan. Ruang senentiasa cukup dan ada di Alam Langit, Istana-Istana-Ku di langit, bagi mereka semua yang meyanjung kebenaran mereka. "Kehendak-Nya akan dilaksanakan" adalah suata rangkai kata yang langsung tidak difaham, ianya bukan kata-kata dari Aku, tetapi dari seorang di zaman purba. Bukannya Kehendak-Ku yang akan dilaksanakan, tetapi kehendak kamu sendiri. Aku kata, "Kamu akan tuai apa yang akan kamu tanam sendiri." Selepas dari saat ini jangan sekali-kali ada orang yang menghukum orang yang lain, nescaya nanti hukuman itu terbalik ke dirinya sendiri

Perubahan zaman yang sedang bergerak ini seolah-olah ombak merah melanda di Planet-Ku, Aku minta kamu sekelian berpegang teguh dengan kepercayaan-kepercayaan kamu dan ketahui akan kaitan dan kesahihannya, mengesah PUNCA segala maklumat yang dianggap benar yang disampaikan kepada kamu. Untuk mengasingkan kamu dan berada dalam perhatian tampa mengait diri dalam segala gejala-gejala yang sedang berlaku atas Planet-Ku, kamu mesti mula-mulanya melatih diri kamu berbelas kasihan dan menapis antara hak dan batil. Sebelum Aku pergi, Aku hulurkan satu hadiah istimewa untuk kamu yang ianya untuk membantu kamu menguatkan kegigihan kamu mengindar diri dari terjurumus ke alam Nabi-Nabi Palsu; keadaan masa yang rumit akan sampai tidak lama lagi dan kesambilan kamu memerhati mereka-mereka berkemut muka dan meminta-minta KEAMPUNAN dari apa yang digambarkan dan diisytiharkan bahawa itulah AKU, ingatlah kamu akan kebenaran yang kamu pegang, kasih tampa balas, kemampuan kamu untuk berdiri tegak dan menjawap "BUKAN." Yang lebih utama lagi, ingat "LAGU-KU."

"Lagu-Ku ialah Bayu-Ku, Lagu-Ku ialah Pokok-Ku, Lagu-ku ialah Kebenaran-Ku, Lagu-ku ialah Matahari-Ku, Lagu-Ku ialah Kasihkan Tuhan yang tidak terhingga-hingga."

Tulislah kehidupan kamu yang tersendiri, jangan benarkan sesiapa pun berada antara kamu dan diri-mu!

Wahai Anak-Anak-Ku, PERCAYA kepada diri-diri kamu sekelian, PERCAYA akan keistimewaan kamu, PERCAYA akan kemampuan kamu yang tidak terhingga untuk membantu-Cipta bersama Ku.

Yang hanya perlu kamu perbuat ialah Kamu ingat…ingat…ingat… bahawasanya kamu tidak bersendirian. Kamu tidak pernah pun.

Celest dan David

Sehingga kita bertemu lagi, kami beransur dengan suatu pemikiran kami sendiri:

"Tempat yang ditujui membuat perjalanannya amat berbaloi"

Translated by Redza in Malaysia

Letters From Godwww.godumentary.com

Categories

April 2014
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930